Semester last aku di Universiti ni, aku kene ambil subjek Bahasa Melayu.
Paham-paham la, U aku ni medan perantaraan die guna Bahasa Inggeris.
Aku ingat senang kelas ni. Rupa-rupa nya...Mak aiii..mencabar giler!
Tu la die..nak bercakap Bahasa Melayu secara penuh dan secara standard pun dah terbelit-belit lidah.
Tahu je la,selalu gune "MANGLISH" *ni bahasa Melayu+English..bahasa yang sgt di tentang oleh Ungku Aziz.haha*
Cikgu tanye mane budak kelas yang lain.Aku pon cakap la dengan konpiden nye "Mereka tak dapat datang cikgu,sebab kelas mereka BERCANGGAH dengan kelas lain"
Ye..aku guna perkataan "BERCANGGAH" as for "clash" yg aku maksud kan.
Lepas tu korang tahu la ape terjadi.Memang satu kelas bantai gelak.
Cikgu pun gelak sama.haha.Siot sungguh.haha.
Lepas tu cikgu cakap,"Orked,mungkin perkataan yang lebih sesuai bertindan ye Orked.Tidak mengapa.kita sama-sama belajar ye.*Sambil cikgu tersenyum kecil*"
Hampeh betol.Asal la bole keluar perkataan bercanggah tu..aishhhhhh..haha
First day kelas tu kami kena buat puisi moden.
Kejadah nya??Aku ni bukan berjiwa seni!Berjiwa sengal dan kartun ade ah.
Cikgu paksa jugak kami buat.Dia kate relate kan dengan Pengkhususan a.k.a Major atau bidang yang kami belajar.Dalam kepala otak aku "Matematik"
Kejadahnya Matematik nak buat puisi..adoiiii....
Disebab kan azam sem baru ni aku nak score semua paper, so terpakse la aku menggagah kan diri aku menulis sajak untuk pertama kali nya dalam hidup aku ini..aiyaaa....
Membe sebelah aku tak abis-abis gelak kan aku. Dalam hati aku, lantak ko la Bedah,aku nak score. Jiwang pun jiwang la Kassim.haha
Tak pasal-pasal Cikgu suruh ade sesetengah kami bace puisi kami kat depan.
Dan dengan tak teperanjat nya, aku dipilih *DAMN*
Aku bace la, sambil menutup muka dengan puisi aku tu..
Yang aku teperanjat nya, cikgu puji,die cakap puisi aku yang terbaik pada hari itu.
"Ringkas dan penuh bermakna.Saya tersentuh dengar puisi kamu itu"
Kawan-kawan kelas aku pun cakap sedih ton puisi aku.
Perghhh..aku ape lagi.. Tak sangke gila!!hahaha.*dalam hati kembang kempis hidung.haha*
P/S = Next entry aku akan post kan Puisi yg puitis dari aku tu.haha
0 comments:
Post a Comment