Sunday, December 19, 2010

James Morrison - The Pieces Don't Fit Anymore



Ni satu-satu nya penyanyi yang bole wat aku sebak kalau dengar suara dia..haha
Lagu ni ada kenangan sikit dengan life aku few years back..haha
Suara die unik dan bak kata orang ada "jiwa" la lagu-lagu dia.*geli betol ayat aku.haha*

P/S = Well I'll hide all the bruises,I'll hide all the damage that's done.But I show how I'm feeling until all the feeling has gone.


Diary of Wimpy Kid

Aku tau buku ni dari kawan aku.
Lantak la orang cakap buku ni untuk budak-budak ke ape.
Tapi aku suka and enjoy baca buku ni.
Just for light reading.
Lepas tu adik aku tiba-tiba tanya "Kakak penah baca buku Wimpy Kid tak?"
"Pernah,asal?"
"Kami nak beli ni.."
So kami adik beradik jadi peminat buku ni.haha
Kami baru beli 2 sebab aritu adik aku tak jumpa yang satu set punya.
Tapi aku da baca semua.haha.
Siap kerek lagi dengan adik-adik aku.haha. Call dorang semate-mate nak berlagak sebab dah baca semua siri.hehe
Tapi yang aku boleh conclude, Mak si Greg ni most of the time macam bodoh-bodoh alang.
Aku terpikir, ade ke mak yang macam ni..hahaha
Greg memang dah sah-sah la bangang.haha.
Overall aku suka dengan lukisan dia dan lawak bodoh tak masuk akal yang Jeff Kinney ni cuba sampai kan.haha.

Ni compilation dari yang first to fourth

Latest. Tak tau da keluar kat sini atau belum

P/S = Aku tak suka Manny,si adik Greg. Bagi aku budak tu spoil brat gila-gila.huh.*emo.haha*

Bruschetta

Did you know that people have been eating Bruschetta since the 15th century?
Wow. That's over 500 years!!!

Nyum-nyum =)

P/S = Sangat senang nak buat Bruschetta ni! =)

Katy Perry - Firework




Katy Perry, you never let me down.
I wanna dedicate this song to all my friends.

"You're original, cannot be replaced"
"After a hurricane comes a rainbow"

P/S = My friends told me that i look like Katy.haha.

My Chemical Romance - "Na Na Na"




suka lihat klip video ini.kreatif.haha.

P/S = saya mao pistol dorang.cool gile.haha

Saturday, December 18, 2010

Puisi

*PERHATIAN:   :: Tolong jangan gelak goleng-goleng selepas baca puisi ini.
                            :: Tolong sedia kan beg plastik muntah untuk langkah berjaga-jaga*

Jam berdetik
menandakan waktu ku semakin suntuk
menggambarkan penambahan
usia ku di sini
tambah, tolak, bahagi, darab
sudah sebati dengan diri ku
bunyi kalkulator, 'tap, tap, tap'
bagaikan lagu yg berirama syahdu
bagi diri ku....
Alam Pengiraan,
Alam Pembuktian,
Alam Teori,
Alam Definisi,
adalah alam yang sering aku lalui
Tapi...
semua itu semakin kabur...
semakin ditelan waktu...
Waktu ku...
semakin suntuk di sini..
Ya...
memoriku bersama alam itu
akan ku semat di kalbu ku
dan akan ku amalkan pada hari-hari ku yang mendatang.


P/S = Sila jangan komen ape-ape.haha.Baca dan diam.Titik.haha

Bahasa Melayu

Semester last aku di Universiti ni, aku kene ambil subjek Bahasa Melayu.
Paham-paham la, U aku ni medan perantaraan die guna Bahasa Inggeris.
Aku ingat senang kelas ni. Rupa-rupa nya...Mak aiii..mencabar giler!
Tu la die..nak bercakap Bahasa Melayu secara penuh dan secara standard pun dah terbelit-belit lidah.
Tahu je la,selalu gune "MANGLISH" *ni bahasa Melayu+English..bahasa yang sgt di tentang oleh Ungku Aziz.haha*
Cikgu tanye mane budak kelas yang lain.Aku pon cakap la dengan konpiden nye "Mereka tak dapat datang cikgu,sebab kelas mereka BERCANGGAH dengan kelas lain"
Ye..aku guna perkataan "BERCANGGAH" as for "clash" yg aku maksud kan.
Lepas tu korang tahu la ape terjadi.Memang satu kelas bantai gelak.
Cikgu pun gelak sama.haha.Siot sungguh.haha.
Lepas tu cikgu cakap,"Orked,mungkin perkataan yang lebih sesuai bertindan ye Orked.Tidak mengapa.kita sama-sama belajar ye.*Sambil cikgu tersenyum kecil*"

Hampeh betol.Asal la bole keluar perkataan bercanggah tu..aishhhhhh..haha
First day kelas tu kami kena buat puisi moden.
Kejadah nya??Aku ni bukan berjiwa seni!Berjiwa sengal dan kartun ade ah.
Cikgu paksa jugak kami buat.Dia kate relate kan dengan Pengkhususan a.k.a Major atau bidang yang kami belajar.Dalam kepala otak aku "Matematik"
Kejadahnya Matematik nak buat puisi..adoiiii....
Disebab kan azam sem baru ni aku nak score semua paper, so terpakse la aku menggagah kan diri aku menulis sajak untuk pertama kali nya dalam hidup aku ini..aiyaaa....
Membe sebelah aku tak abis-abis gelak kan aku. Dalam hati aku, lantak ko la Bedah,aku nak score. Jiwang pun jiwang la Kassim.haha
Tak pasal-pasal Cikgu suruh ade sesetengah kami bace puisi kami kat depan.
Dan dengan tak teperanjat nya, aku dipilih *DAMN*
Aku bace la, sambil menutup muka dengan puisi aku tu..
Yang aku teperanjat nya, cikgu puji,die cakap puisi aku yang terbaik pada hari itu.
"Ringkas dan penuh bermakna.Saya tersentuh dengar puisi kamu itu"
Kawan-kawan kelas aku pun cakap sedih ton puisi aku.
Perghhh..aku ape lagi.. Tak sangke gila!!hahaha.*dalam hati kembang kempis hidung.haha*


P/S = Next entry aku akan post kan Puisi yg puitis dari aku tu.haha

Monday, December 6, 2010

AYAM

Aku rasa, memang budak yang duduk Bandar memang jakun kot dengan ayam.haha.
Hari raya haji lepas, Adeef dan Hazman datang dengan auntie aku a.k.a nenek dowang dan akak sedara aku.ape lagi.sampai-sampai je Adeef dan Hazman jerit abang-abang!Along!Si Man melompat kat aku..adoi..die ingat badan aku sofa ke ape.da lah die tu badan mak aii semangat..si adeef malu-malu..haha.waktu tu adik aku tak ade.dorang pegi tolong orang sembley lembu.
Tibe-tibe Adeef jerit
“Man!!ayam man!!Ayam!!”
“Mane?!Mane?!” si man belari sekuat ati ke grill umah aku
“Tu…anyak nyew ayam..Along!!jom tangkap ayam!!”
“Jom aa Along”Man dah tarik-tarik baju aku
Aishh bdk2 ni..tak pernah tengok ayam ke ape..aku pon ikut la
“Mane bole tangkap ayam tu..along banyak kali keja,ta dapat”padahal aku mana penah kejar ayam pon.menipu betol.ok,aku tipu supaye budak2 ni ta jatoh lari2 kejar aym.kire aku tipu untuk kebaikan la kan.haha
Dowang tak peduli,belari2 gak nak kejar ayam tu aku berani potong rambut aa yang dorang tak akan bejaye.haha
“Along,ayam gigit man” ha,ni nmpak sgt nak menipu
   "Ayam mane gigit orang la! Jangan tipu along.die kejar orang ade la"
Man tersengih2..
Pastu segerombolan ayam lalu.
Si man dan adeef terlompat2 mcm orang dapat lollipop sebab tengok ayam yang banyak
Haha…kesian..budak kl yg ta penah tengok ayam..haha

Adeef.tak penat-penat dengan "BENG!BENG!"

Hazman.Ape yang dia tahu cuma PS3

Muka terkejut tengok ayam.haha

Adeef = Along.Adeef nak tangkap ayam
Hazman = *Tengah jakun lagi dengan ayam*

Aku tak tau ape budak ni cube lakukan terhadap ayam2 tu..aishh

Lari sebab kena kejar ayam.haha
P/S = Sungguh gila hidup aku kalau mereka datang ke rumah aku.haha.But, I love them! =)

Saturday, December 4, 2010

SATISFACTION

Aku merayau-rayau ke Mid Valley dan Gardens. Tempat yang aku suka lepak kalu aku cuti. Sebab:
  • Aku nak makan makanan favourite aku
  • Aku nak masuk kedai toys. Ouh.ade kedai toys baru!
  • Aku nak lepak bace buku di MPH.hehe
  • Aku nak grab Choc Cream Chip Ice Blended.Venti. Dan duduk tengok ragam orang =)
My fav!! Chicken Bi Bim Bap


Slurrrp! Kimchi n D sauce!!


Selepas digaul semua.nyummy!


My fav also! Mashed Potato =)


Starbucks.Chocolate Cream Chip Ice Blended without whipped cream.=)
 
P/S = Aku tak tau kenapa orang suke tambah cream kalau minum ice blended.aku tak suka lansung whipped cream!